-->
Dream Primary Girl

Thursday, November 28, 2013

Catatan Aktiviti Si Gadis Manja



Gadis manja berceloteh...

Amila nak share serba sedikit tentang catatan aktiviti Amila...Macam Aisyah Sofia...Hehe...Hmm....Bagi yang meminati siri Young Aisyah, karya Saridah Hamid & Reja, boleh dapatkan novelnya di SINI Hehe...Amila memandai saja na promote. Jap. Nak promote blognya pula...Ku Ingin Bicara.Amacam? Cantik tak?Hehe...Okay...Let's start our diary!


Cara Mudah Membuat Coklat


Rahsia Mudah Buat Hiasan Coklat Lebih Menarik


Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: aiskrim
Akak memang tak pernah membuat aiskrim sendiri, selalu beli saja yang siap. Tetapi mungkin buatan sendiri lebih sedap, jadi akak siarkan resipi aiskrim home-made seperti yang diminta oleh Puan Nur. Dalam resipi ini menggunakan Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu). Ia adalah krim putih dalam kotak yang digunakan untuk hiasan kek(topping).Ada banyak jenama krim seperti Rich, Anchor dll.Bahan ini tidak boleh didapati di pasaraya. Ia hanya dijual di kedai bahan-bahan kek.

AISKRIM COKLAT
Bahan:
(A)
2 biji kuning telur
1 biji telur
140 gm gula kastor

(B)
250 ml susu penuh krim
60 gm serbuk koko

(C)
400 gm Non Dairy Whipping Cream
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.
2. Panaskan susu penuh krim hingga mendidih, masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
3. Tuangkan adunan susu ini ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.
4. Putar Non Dairy Whipping Cream sehingga kental dan gebu.
5. Masukkan esen vanila, adunan (3) yang telah sejuk dan gaul sebati.
6. Tuangkan ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dalam peti dinginbeku (freezer) semalaman.

AISKRIM VANILA
Bahan-bahan :
(A)
4 biji kuning telur
90 gm gula kastor

(B)
250 ml susu penuh krim
1 sudu teh esen vanila

(C)
300 gm Non Dairy Whipping Cream

Cara Membuatnya :
1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.
2. Didihkan susu penuh krim dan campurkan bahan A kedalamnya. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk kemudian masukkan esen vanila.
3. Putar Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan masukkan ke dalam adunan diatas.
4. Gaul sebati adunan tersebut dan tuangkan dalam bekas plastik bertutup.
5. Simpan peti dinginbeku semalaman.



Credit: Resipi Noraini

Amila akan kembali dengan info yang terbaru ya!
❧✿❀Yang penat menaip✍♥ : Unknown tepat jam Thursday, November 28, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Kalau like entry ni,sila komen...Jngan lupa credit kat Amila dulu...Hehe...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Pengikut Manis

Chatting Box

Welcome

My name is Nur Amila
12 years old
Study at SKKB
Pink and Purple Lover

Like My Blog

Past Memory

  • ►  2014 (1)
    • ►  November (1)
  • ▼  2013 (3)
    • ▼  November (3)
      • Penawar Hatiku
      • Catatan Aktiviti Si Gadis Manja
      • Congratulation for Year 6 who get 5As
カーソル・スイッチ
Theme images by enjoynz. Powered by Blogger.